Halaman

Selasa, 24 September 2013

Cerita seorang kawan...



Dalam sleng pasar + tranung +sms = caca marba rebus teruss!



Nur Athirah Rahamat?

            Ape aku nk tulis pasal die? Orangnye aku kenal tapi taklah secara berhadapan. Perkenalan kami pon secara x sengaje. Ya..memanglah semua orang pon begitu…kenal secara x sengaja, lama2 rapatlah, x gitu? Ape nak susah. Kan? Kan? Kan

            Baru2 ni dye mintak supaya aku masukkan nama die dalam blog aku…aku cakap boleh tapi bile mintak idea senyap jer memanjang. Aku pon ape lagi..malas nak mintak, piker la sorang2. Dan sekarang ni aku nak citerkan sikit citer pasal dye…x boleh buruk2, nanti mampos aq. Harharhar (gelak jahat)…

            Orangnye muda setahun, berkulit cerah, rabun? (x tau la pulak sbb sekejap pakai spek sekejap x), cantik? Boleh la…tinggi? Mungkin rendah kot. Suara pulak lagi la aku x tahu, ntah garau ke? Unik ke? Manje2 ke…teke sendiri…huahuahuahaaaaa…


            Mase hari pertame aku tgok si Trah ni,(name cam dinasor T-Rex lak, haha…) die dduk di bangku bulat tuh. Senyap jer sorang2 pasal x de geng, mengelamun nape au. Tibe2 budak2 form 2 suruh aq ngorat Trah ni, aq diam, pikir dan tgok. “ahhh, malas aq” yg tu aku jawab kt diorg. “dye comella…” balas diorg. Aku ckp “ahh, takde2”. Kemudian aku pergi dduk depan die (pasal bangku tu satu jer, tpi ad 2 krusi, maknenye saling berhadapanlah kitorang camtu, hahahaaaa). X de perbualan… 


            Hari kedua pulak, die dduk kt longkang tu. Kesian lak aku tgok, mase tu la aku yg mulakan percakapan ngan die, tu pon pasal pasal tgok die diammmm jer manjang dan dah macam patung la pulak aku tgok kali nih, dah la tu, mengelamun je kerjanye, mikir nape au (jahat la aku, hahahaaa, sorii. XD). Angin mase tu tiup kuattt gitu, dah macam drama la pulak cakap ngan awek pasal angin gituu. Bru aku tau yg hari tu last day die kt situ pasal die mintak tukar ke Pake atas aliran kemanusiaan, dapat kt sini pon sbb aliran sains (Pake x de aliran sains). Aku pon tanye pasal ape x mintak asrama. Die cakap malas nk duduk asrama ke ape ntah (aku dah lupe). Cakap pon sekejap jer dan hanye beberape soalan je yang aku tanye (kalu harap die bukak mulut memang x la kan, ke gane?). Lepas tu aku back to my home sweet home. (btol dok aku eja BI ni??)


            Tup2 aku nampak die kt festival GERKO. Tu pon aku yg tegur die atau dalam bahasa kasar aku jerit kt die (pasal die tak prasan aku ad kt situ).  Tu pon jugak mase die nk balik, otw ke kete cikgunye. Sambungannya pulak dalam fesbuk r, pastu si nabil pulak komen kenal mane aku? Aku pon jawab la knal kt paking kete aizek..sweet2 gitu. Si trah ni pon follow jugak pale aku. Bru aku tau yg die ni ‘sekepala’ la jugak. 


            Ad sekali aku like gambar, komen ngan status die byk2, last 2 die hantar karangan kt wall aq sbgai tanda ‘protes’ akan perkara luar jangkaan aku tu. Aku pon balas ngan karangan jugak. Balas panjang2 gitu, jangan kalah (aku kate)!!  Last2 aku komen kt status die, aq taknak citer status ape tp die terase hati ape ntah? Aku pon prasan bile die hanye like je komen aq (sbb biasenye die balas). Kemuncak cerita ialah bile die post pantun kt wall aku. Marah agaknye. Aku pun balas pantun jugak la… ‘perang’ kitorang merebak dari 4 kerat kpd 2 kerat dan masalah setel!! 


            Aku igtkn dh habis, tibe2 naik satu lagi, merajuk terus.. dah x best jugak buat kawan aku gitu, apelagi terpaksalah pujuk~ adoiiya. Payoh gok stating, tp aku stop sementara sbb ‘pompuan kan…mmg gitu skit, lame2 ok r tu’-kate aku. Last2 bile lame skit, aq continue pulak! Lepas citerkan hal sebenar bru ok. Bru aku tau sbb die jadi gitu~ die igt aku kate die ‘jahat’? o.O?? pulokk doh~


            Aku x tau nak cakap ape lagi pasal dye pasal dah tak de idea pasal perkenalan kitorang secara berhadapan amat singkat pasal dye pindah ke skoloh Pake pasal dye tukar aliran dri sains kepada kemanusiaan.(ape aku merepek nih?) Mujur 2 hari terakhir dye kat sini aq sempat knal ‘semek’ nih! (hahaha). Tu pon mase balik x sampai sejam pon. Ke gane? 


            Jumpe2 si Trah ni pulak kat bazar raya depan Pasaraya Aneka tuh. Mase tuh aku tgh jalan kat tengah2 bazar. Tibe2 ad sorang pompuan berjalan menghampiri aku, dalam beberapa langkah lagi depan aku, aku berfikir sekejap, “sape dye nih? Dah lah, dgn muke yang malu2nye, tertunduk2nye tengok aku” Terpaku aku sekejap. Dye terus berjalan menghampiri aku sampaikan aku sendiri berpaling, Melintas tu pulak rapattt ngan aku. “haishhh, sampai begitu skali aq tgok dye?” Dye terus jer berjalan kat sorang pompuan. Aku pikir tu mak dye. Baju same2 pink! (mmg minat giler kaler pink la, hahahaaa). Bile dye tgok aku semula.. “ohh, Trah, bru teringat”. Patutla dri tadi je senyum2 kat aku je. Hahahahaaaa…..dah la aku serang ‘noti’ dye pagi tadi, jumpa pulak kt sini. Nasib baik tak diserangnye aku. Dah la mase aku asyik tgok dye nih ad sorang pompuan lain level mokcik prasan aku tengok Trah nih. Aku igtkan tu tok(nenek) dye. Tapi nasib baik bukan. Dan yang paling penting skali nasib baik mak aku x prasan kelakuan aku nih. XD. Aku pun terus pergi.


            Bile aku patah balik, aku tengok pasangan anok beranok nih sedang memilih baju, “shopping jugak rupenye, ha3” si Trah ni pulak tgok jerk at aku. Sengih2… “Pehal ngan dye nih?” Bile sambung dlm fesbuk, dye cakap dye dah nampak aku mase try baju baru. Ishh..ape la…apesal dye x tegur aku awal2? Alasan dye tanak tegur aku mase tu ialah tanak pecah rekod. Pecah rekod? Apehal pulak? Malas nak pikir ngan taip panjang2…aku pon berenti setakat nih.


            Baiklah, setakat nih aku 7 orang bestfriend dari kaum hawa. Pizah, Weda,(due2 ni budak baik, hahha..) Syukkriyah (bahagian kne ngusik), Shaqirah, (yg ni kne usik gok), Tirah Atan, (yg ni same paler ngan aku, giler2 gitu), Nur Sulianne,( budak SMKBAS) dan campur si Tirah Rahamat nih jadi la 8 orang semuanyee.. THAT’S ALL.
BEST FRIEND

Khamis, 5 September 2013

Sesuatu yang berkurangan...Sir Henry Gurney



Sir Henry Gurney.
Namanya terpampang dalm buku teks sejarah tingkatan 3. Di ceritakan dalam buku itu beliau seorang yang berjaya menyekat pengaruh komunis di Tanah Melayu ketika itu melalui Rancangan Briggs pada pertengahan tahun 1950. Hanya dengan rancangan itu, beliau telah dianggap seorang yang berjasa besar di Tanah Melayu.
Sir Henry Gurney

Latar Belakang.
Dilahirkan pada 17 Jun 1898 di Cornwall, United Kingdom. Beliau pernah menuntut di Kolej Winchester Universiti College, Oxford. Kerjayanya bermula dengan berkhidmat dengan King Royal Rifle (1917-1921), kemudian berkhidmat dengan Tanah Jajahan British di Kenya (1921), Pembantu Setiausaha Tanah Jajahan di Jamaica (1935), Ketua Setiausaha ke Persidangan Gabenor-Gabenor Afrika Timur (1938-1944), Setiausaha Tanah Jajahan Gold Coast Australia (1944-1946), Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946-1948) dan akhirnya ke Tanah Melayu   sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Ketika di Tanah Melayu, beliau melancarkan Rancangan Briggs dan melancarkan kempen ‘Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’ untuk menentang komunis. Beliau juga menubuhkan ‘Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum’ sebagai cara untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu menentang komunis.

Tetapi pada 6 oktober 1951, beliau dan konvoinya telah diserang di Bukit Fraser ketika dalam perjalanan menghadiri mesyuarat rasmi di sana. Konvoi ini telah diserang oleh pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya.
Siu Mah  Sumber The Straits Times, 10 Mac 1959

Walaupun begitu, serangan keatas konvoi itu berlaku secara tidak sengaja kerana pihak polis mengesahkan tidak berlakunya kebocoran maklumat tentang jadual perjalanan Sir Henry Gurney. Sebaliknya ia berlaku secara kebetulan kerana pasukan komunis itu melihat kerenderaan mewah kerana sudah pastinya ia membawa orang kenamaan. (Roll Royce merupakan kerenderaan rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu).

Selepas 8 tahun  pihak Inggeris membuat risikan,  mereka akhirnya dapat mengenalpasti individu yang bertanggungjawab keatas serangan itu iaitu Sui Mah, seorang komander PKM. Mulai 19 Februari 1959, satu operasi besar-besaran dilancarkan bagi memburu Sui Mah dan pasukannya. Seramai 4000 anggota polis, Home Guard, dan unit bersenjata yang lain digerakkan dibawah arahan Brigider H.G. Mogg. Selepas beberapa lama diburu, akhirnya Sui Mah mati ditembak oleh pihak keselamatan.
Fail tentang pembunuhan Sir Henry Gurney yang disimpan di The National Archive, London.

Tragedi Hitam Dier Yassin.
Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis. Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.

Apakah latar belakang tragedi Deir Yassin ?
Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabilasecara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin terus berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.
Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan negara haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.

Tragedi Deir Yassin
Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampong mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.
Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau  hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.
Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.
Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,
Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Angka korban yang besar
Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.
Ramai yang tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.


 Tololkah kita?

Isnin, 2 September 2013

Wahai anak Adam, peliharalah janggutmu.


Jika kaum Hawa dengan mementingkan kecantikannya, apa kurangnya dengan kaum Adam. Cuma perbezaan kedua-dua golongan ini adalah ‘janggut’. Janggut adalah aset yang  berharga bagi lelaki, yang membuatkan seseoarang lelaki itu lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kebaikan dan kelebihan sekiranya lelaki memiliki dan memelihara janggutnya itu. Antaranya......


   Ã¼  Macho
   Ã¼  Lebih kelelakian
   Ã¼  Nampak soleh
   Ã¼  Itulah yang membezakan kita sebagai  orang Islam
   Ã¼  Lebih diminati wanita
   Ã¼  Mencontohi fizikal pemimpin dahulu

Tapi ingat, utamakan niat untuk mengikut sunnah yang ditingglakan oleh Nabi Muhammad SAW bukannya mengikut fesyen terkini atau lain-lain alas an. Malah terdapat hadis yang  berkaitan dengan janggut.  Antaranya ialah;


“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadis diatas bukan sahaja menyuruh kita memelihara janggut tetapi juga melarang kita daripada menyerupai orang kafir iaitu menipiskan janggut dan memelihara misai.

Jadi niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasulullah SAW kerana ia akan membuatkan anda merasai kebaikan berjanggut.  Walaupun ia tidak cantik pada pandangan manusia tetapi ia elok pada pandangan Allah SWT.

Wahai anak Adam, peliharalah janggutmu.


Khamis, 25 Julai 2013

Ramadhan tiba lagi...bersediakah kita?



25 Syaaban, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita sebagai umat islam berpuasa sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Persoalannya, bersediakah kita sebagai hambaNya untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan dan keampunan ini? Persiapan apa pula yang perlu dilakukan? Contohnya, dari kuliah ustaz yang saya hadiri malam tadi (3/7/2013), antara bentuk persiapan yang perlu kita lakukan ialah dengan membeli baju-baju baru, bukan untuk menyambut Syawal tetapi untuk dipakai ketika solat terawih. Tapi, bagaimana pula dengan sambutan orang lain terhadap bulan yang mulia ini?

Sebut sahaja mengenai puasa, pasti ada segelintir umat Islam yang merungut mengenai kedatangan bulan ini. “Aduii, bulan puasa dah dekat, urghhhh…”, “Aku malaslah nak puasa, letihlah…”. Begitulah persepsi segelintir orang Islam yang tidak mengetahui segala kebaikan bulan Ramadhan. Tidakkah mereka sedar bahawa bulan ini permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan dari api neraka. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang terlepas dari membuat amalan pada bulan ini mereka tergolong di dalam manusia yang rugi. Rugi kerana hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja tanpa mendapat apa-apa manfaat. Rugi kerana terlepas ganjaran pahala yang berganda. Rugi kerana gagal memanfaatkan bulan yang lebih mulia daripada 80 bulan. 

Puasa ada tiga tingkatannya, iaitu puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus.Tingkat pertama ialah puasa al-umum. Puasa ini yang dijaga ialah makan dan minum sahaja. Hanya berlapar semata-mata. Hal-hal lain pula sama saja dengan hari-hari biasa. Tingkat kedua pula ialah puasa al-khusus. Bagi tingkat ini pula, bukan sahaja tidak makan dan minum, bahkan  anggota badan juga dijaga dari melakukan maksiat. Hati juga dijaga dari sifat-sifat mazmumah. Tingkat yang ketiga dan juga yang terakhir ialah puasa khusus al-khusus. Bagi tingkat ini pula, mereka bukan sahaja menjaga segala perkara yang membatalkan puasa tetapi juga perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Anggota badan dan hati juga turut berpuasa. Ini adalah tingkat puasa para nabi dan rasul. Ehhh!! Renung sekejap, di tingkat manakah puasa kita?



HAKIKAT PUASA
Puasa merupakan perintah wajib Allah SWT untuk dijalankan secara wajib dalam bulan Ramadhan. cuba bandingkan dua firman Allah  SWT di bawah ini.

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dari bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. ” al-Baqarah :: 168

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” al-Baqarah :: 183

Dalil yang pertama adalah berkenaan dengan perintah berpuasa dan dalil yang kedua pula berkenaan dengan pelawaan untuk makan apa sahaja yang ada di bumi yang halal lagi baik. Sebenarnya masih terdapat  satu lagi perbezaan dengan perintah diatas. Lihat kata seruan dalil (perintah agar mencari makanan yang halal dan baik) yang pertama, “Wahai sekalian manusia…”, ia menunjukkan pelawaan Allah SWT mempelawa semua manusia di atas muka bumi agar memakan rezeki yang halal lagi baik. Kata seruan dalil (perintah berpuasa) yang kedua pula, “Hai orang-orang yang beriman...”. ayat ni menunjukkan bahawa Allah  SWT hanya menyeru manusia-manusia yang beriman padaNya sahaja agar berpuasa. Dan ayat ini menunjukkan bahawa hanya orang-orang yang beriman sahaja mampu berpuasa padaNya. Tidakkah kita sebagai hambaNya berasa bangga dengan panggilan ‘orang-orang yang beriman’, apatah lagi Allah SWT sendiri yang memanggil kita dengan panggilan sebegitu rupa.

“Kami tidak berpuasa tapi kami masih sayangkan Islam, kami mendirikan solat, membuat kebajikan dan bersedekah. Adakah kami ini dikira sebagai tidak beriman?”
“Kalau begitu, berpuasalah.” Tiada jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Hanya Allah sahaja yang mengetahui nilai iman seseorang itu.


BUFET RAMADHAN
“Murah tu...macam-macam ada. Boleh makan puas-puas.” Ujar Aiman kepada kawannya, Don apabila terpandang iklan bufet Ramadhan di tepi jalan yang harganya RM50 satu kepala. “Eh..yang ni lagi ok. Walaupun harga lebih mahal, tapi tengoklah menu yang ditawarkan. Macam-macam ada. Daging kambing ada, rusa, daging unta pun ada. Jom la ambil yang ni,” Balas Don apabila terpandang iklan yang lain pula.
.............
Kini jam sudah pukul 8 malam…mereka masih lagi membincangkan tentang ‘program berbuka’ esok. Mereka masih belum berganjak dari tempat duduk walaupun waktu berbuka sudah 30 minit berlalu.
Kalau begini keadaanya, bufet Ramadhan yang ada sijil halal pun boleh menjadi haram. Haram kerana memberi makan hingga orang lupa akhirat.


DAPUR CHEF
“ Nad...masukkan ni…ni…dan ini dalam masakan. Mesti perghhh punya,” arah ketua chef.
 “Apa ni?” Tanya cik Irfani, juga seorang chef. Hairan dengan botol kicap yang lain sedikit rupa dan isinya. Cair dan sedikit berbau, tak macam kicap yang biasa digunakan pun!
“Itulah penyedapnya, kalau tak letak dalam masakan, pastinya rasa makanan sama sahaja dengan gerai-gerai tepi jalan.” Tambah ketua chef itu lagi. 
[Klik  SINI]

Sabtu, 22 Jun 2013

Sejarah Pertembungan Syaitan dengan Manusia



Syaitan ialah makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada api. Pada awal penciptaannya, syaitan merupakan  antara makhluk yang dekat dengan Allah SWT. Malah tergolong antara malaikat-malaikat yang utama. Kekafirannya adalah bukan ia tidak mempercayai kekuasaan dan kebenaran Allah SWT, tetapi ia adalah sifat ego dan angkuh yang ada pada makhluk ini.

Sejarahnya bermula begini, dahulunya iblis bernama Azazil adalah salah seorang dari malaikat utama selain dari Jibril, Mikail, Izrail dan lain-lain. Azazil adalah makhluk yang amat dekat dengan Allah SWT. Pada suatu ketika, tertulis di tiang langit  Allah SWT bahawasanya, "Kelak akan ada seorang hamba Allah yang dahulunya amat mentaati Allah, namun sesudah itu  menjadi durhaka dan kafir serta akan memenuhi neraka.” Malaikat-malaikat  lain yang terlihat tulisan tersebut, semuanya bersedih hati menangis. Mereka bimbang dan khuatir kalau-kalau ‘hamba’ yang dimaksudkan Allah SWT dalam tulisan itu adalah mereka. Namun berbeza bagi Azazil. Dia sedikit pun tidak berasa takut dan sedih, dia yakin bahawa Allah SWT sangat sayang padanya. Para malaikat lain meminta Azazil agar mendoakan kepada Allah SWT supaya ‘hamba’ yang dimaksudkan itu bukanlah mereka.  Lantas Azazil berdoa dan memohon dengan angkuh supaya Allah mengasihani malaikat-malaikat lain, namun dia tidak berdoa perkara yang sama untuk dirinya kerana dia bergitu yakin iaitu ‘hamba’ yang dimaksudkan itu bukan dirinya.  Lebih mengharukan, Azazil meminta kebenaran Allah SWT untuk mengutuk ‘hamba’ yang dimaksudkan itu. Lama-kelamaan angkuh Azazil semakin menebal. Dan tibalah masanya sehingga Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah :: 30,

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,”Sesunguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi….”

Pada awalnya semua malaikat mempertikaikan keputusan Allah SWT tersebut namun setelah diperlihatkan kebijaksanaan Nabi Adam a.s, barulah semua malaikat bersujud kepada Nabi Adam a.s kecuali iblis.

Firman Allah SWT  di dalam surah al-Baqarah :: 34,

Dan (ingatlah)  ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam,  maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.”

Ketika inilah Azazil mengingkari perintah Allah SWT lalu namanya ‘iblis’ yang beerti ‘hamba yang dijauhkan’. Iblis berasa cemburu dengan Nabi Adam. Sifat angkuh dan egonya membuatkan ia tidak mahu tunduk kepada perintah Allah SWT. Konon katanya,

“Aku lebih baik daripadanya kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”    [Shaad :: 76]

Lalu seketika itu juga  iblis menjadi kafir kerana menderhakai Allah SWT. Lalu tahulah dia selama ini, ‘hamba’ yang dimaksudkan Allah SWT dahulu  adalah dirinya sendiri. Kerana angkuh dan sombongnya, dia sendiri tidak pernah bermuhasabah  diri, malah tanpa rasa bersalah meminta izin Allah SWT untuk mengutuk dirinya sendiri. Sebaliknya, sikap yang sepatutnya ialah memohon keampunan untuk ‘hamba’ itu. Sifat angkuh inilah yang memakan dirinya sendiri. Kemudian Allah SWT berfirman kepada iblis di dalam surah Shaad :: 77

“Maka keluarlah kamu dari syurga, sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk.”

Sejak dari itu, iblis menyimpan dendam terhadap manusia. Lalu dia mula merangka strategi untuk menghancurkan manusia. Iblis berikrar,

Demi kekuasaan Engkau (Allah), aku akan menyesatkan mereka semuanya,”
[Shaad:: 82]

Lalu Allah SWT berfirman kepada iblis di dalam surah Shaad:: 85,

” Sesungguhnya aku pasti akan memenuhi neraka Jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya.”


Demikianlah bermulanya perjuangan iblis untuk menggagalkan anak cucu Adam untuk kembali ke tempat asal mereka iaitu syurga. Syaitan tidak pernah berhenti menghasut dan menggoda kita sampai ke hari kehancurannya. Jadi, marilah kita sama-sama meningkatkan perisai iman dan takwa agar, agar musuh moyang kita ini serta musuh kita sendiri ini, tidak dapat menguasai diri kita. 




"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan""Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku"
(An-Naml : 19)



Ahad, 9 Jun 2013

Perempuan mudah masuk syurga tapi ramai di neraka....


 
 KENAPA RAMAI WANITA DI NERAKA



”Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.
1. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan (seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.)
2. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.(Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
3. Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
4. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
5.Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama (iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.)
Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.
Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

HADIS-HADIS NABI MUHAMMAD



Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Wallahu 'lam.

RENUNGAN UNTUK WANITA AKHIR ZAMAN

Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut:
“saya bersama-sama fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w, maka kami temui beliau dalam keadaan menangis. Kami bertanya kepada baginda: “apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?”
baginda menjawab:
“pada malam aku diisra’kan ke langit, aku melihat orang-orang yang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis”.
Saya bertanya lagi: “wahai Rasulullah apakah yang engkau lihat?”
baginda bersabda:
1. wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih
2. wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya yang di cabut dari belakang, sedangkan tar mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya
3. wanita yang digantung dengan buah dadanya dari belakang badannya, sedang air getah kayu zakum dituangkan ke keronkongnya
4. wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah umbun-unbun kepalanya, serta dibelit dibawah kekuasaan ular dank ala jengking
5. wanita yang memakan badannya sendiri, serta di bawah tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya
6. wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka
7. wanita yang bermuka hitam serta memakan usus-ususnya sendiri
8. wanita yang tuli, buta dan bisu di dalam peti neraka, sedang badannya mengalir darah dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga dan mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit
9. wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan
10. wanita yang berbentuk anjing sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka
Maka berdirilah Fatimah sambil berkata: “wahai ayahku, mata hati kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu? Rasulullah s.a.w bersabda: “hai Fatimah, ada pun tentang:
1. wanita yang di gantung dengan rambutnya, karana dia tidak menjaga rambutnya (ditutup) dikalangan lelaki
2. wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya
3. ada pun wanita yang digantung dengan payu daranya, karana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya
4. adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu, karana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dan haid dan nifas (keluar darah selepas melahirkan anak)
5. ada pun wanita yang memakan badannya sendiri, karana dia bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan aib orang lain
6. adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan oaring ramai, dengan maksud supaya mereka (orang ramai) itu melihat perhiasan, dan orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya
7. adapun wanita yang diikat kedua kakinya dan tangannya sampai keumbun-umbun dan di belit oleh ular dank ala jenking, karana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwuduk dan solat dan tidak mahu mandi wajib
8. adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti hamar kerana dia suka mengadu domba serta berdusta
9. adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, karana dia ahli fitnah serta suka marah-marah kepada suaminya
Wallahu 'lam.