25 Syaaban, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk
kita sebagai umat islam berpuasa sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.
Persoalannya, bersediakah kita sebagai hambaNya untuk menyambut bulan yang
penuh keberkatan dan keampunan ini? Persiapan apa pula yang perlu dilakukan?
Contohnya, dari kuliah ustaz yang saya hadiri malam tadi (3/7/2013), antara
bentuk persiapan yang perlu kita lakukan ialah dengan membeli baju-baju baru,
bukan untuk menyambut Syawal tetapi untuk dipakai ketika solat terawih. Tapi,
bagaimana pula dengan sambutan orang lain terhadap bulan yang mulia ini?
Sebut sahaja mengenai puasa, pasti ada segelintir umat Islam
yang merungut mengenai kedatangan bulan ini. “Aduii, bulan puasa dah dekat,
urghhhh…”, “Aku malaslah nak puasa, letihlah…”. Begitulah persepsi segelintir
orang Islam yang tidak mengetahui segala kebaikan bulan Ramadhan. Tidakkah
mereka sedar bahawa bulan ini permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan
pengakhirannya pembebasan dari api neraka. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
bahawa sesiapa yang terlepas dari membuat amalan pada bulan ini mereka
tergolong di dalam manusia yang rugi. Rugi kerana hanya sekadar lapar dan
dahaga sahaja tanpa mendapat apa-apa manfaat. Rugi kerana terlepas ganjaran
pahala yang berganda. Rugi kerana gagal memanfaatkan bulan yang lebih mulia
daripada 80 bulan.
Puasa ada tiga tingkatannya, iaitu puasa al-umum, puasa
al-khusus dan puasa khusus al-khusus.Tingkat pertama ialah puasa al-umum. Puasa
ini yang dijaga ialah makan dan minum sahaja. Hanya berlapar semata-mata. Hal-hal
lain pula sama saja dengan hari-hari biasa. Tingkat kedua pula ialah puasa al-khusus.
Bagi tingkat ini pula, bukan sahaja tidak makan dan minum, bahkan anggota badan juga dijaga dari melakukan
maksiat. Hati juga dijaga dari sifat-sifat mazmumah. Tingkat yang ketiga dan
juga yang terakhir ialah puasa khusus al-khusus. Bagi tingkat ini pula, mereka
bukan sahaja menjaga segala perkara yang membatalkan puasa tetapi juga perkara
yang boleh membatalkan pahala puasa. Anggota badan dan hati juga turut
berpuasa. Ini adalah tingkat puasa para nabi dan rasul. Ehhh!! Renung sekejap,
di tingkat manakah puasa kita?
HAKIKAT
PUASA
Puasa merupakan perintah wajib Allah SWT untuk dijalankan
secara wajib dalam bulan Ramadhan. cuba bandingkan dua firman Allah SWT di bawah ini.
“Wahai sekalian
manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dari bumi dan
janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana syaitan itu adalah
musuh yang nyata bagimu. ” al-Baqarah :: 168
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
al-Baqarah :: 183
Dalil yang pertama adalah berkenaan dengan perintah berpuasa
dan dalil yang kedua pula berkenaan dengan pelawaan untuk makan apa sahaja yang
ada di bumi yang halal lagi baik. Sebenarnya masih terdapat satu lagi perbezaan dengan perintah diatas.
Lihat kata seruan dalil (perintah agar mencari makanan yang halal dan baik)
yang pertama, “Wahai sekalian manusia…”, ia menunjukkan pelawaan Allah SWT
mempelawa semua manusia di atas muka bumi agar memakan rezeki yang halal lagi
baik. Kata seruan dalil (perintah berpuasa) yang kedua pula, “Hai orang-orang
yang beriman...”. ayat ni menunjukkan bahawa Allah SWT hanya menyeru manusia-manusia yang beriman
padaNya sahaja agar berpuasa. Dan ayat ini menunjukkan bahawa hanya orang-orang
yang beriman sahaja mampu berpuasa padaNya. Tidakkah kita sebagai hambaNya
berasa bangga dengan panggilan ‘orang-orang yang beriman’, apatah lagi Allah
SWT sendiri yang memanggil kita dengan panggilan sebegitu rupa.
“Kami tidak berpuasa tapi kami masih sayangkan Islam, kami
mendirikan solat, membuat kebajikan dan bersedekah. Adakah kami ini dikira
sebagai tidak beriman?”
“Kalau begitu, berpuasalah.” Tiada jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui nilai iman seseorang itu.
BUFET RAMADHAN
“Murah tu...macam-macam ada. Boleh makan puas-puas.” Ujar
Aiman kepada kawannya, Don apabila terpandang iklan bufet Ramadhan di tepi jalan
yang harganya RM50 satu kepala. “Eh..yang ni lagi ok. Walaupun harga lebih
mahal, tapi tengoklah menu yang ditawarkan. Macam-macam ada. Daging kambing
ada, rusa, daging unta pun ada. Jom la ambil yang ni,” Balas Don apabila
terpandang iklan yang lain pula.
.............
.............
Kini jam sudah pukul 8 malam…mereka masih lagi membincangkan
tentang ‘program berbuka’ esok. Mereka masih belum berganjak dari tempat duduk
walaupun waktu berbuka sudah 30 minit berlalu.
Kalau begini keadaanya, bufet Ramadhan yang ada sijil halal
pun boleh menjadi haram. Haram kerana memberi makan hingga orang lupa akhirat.
DAPUR CHEF
“ Nad...masukkan ni…ni…dan ini dalam masakan. Mesti perghhh
punya,” arah ketua chef.
“Apa ni?” Tanya cik
Irfani, juga seorang chef. Hairan dengan botol kicap yang lain sedikit rupa dan
isinya. Cair dan sedikit berbau, tak macam kicap yang biasa digunakan pun!
“Itulah penyedapnya, kalau tak letak dalam masakan, pastinya
rasa makanan sama sahaja dengan gerai-gerai tepi jalan.” Tambah ketua chef itu
lagi.
[Klik SINI]


