Aku mendapat tawaran
dari guru pembimbingku untuk mengikuti KURSUS KEMAHIRAN SKIM LATIHAN PERKHEMAHAN
PENGAKAP KELANA: LENCANA KEAHLIAN(VIRGIL) &
LENCANA KEMAHIRAN
DI KEM PENGAKAP
TENGKU MUHAMMAD ISMAIL,
TELAGA BATIN di
Kuala Terengganu anjuran Kem
Pengakap Tengku Muhammad Ismail selama 3 hari 2 malam bermula 28 Februari hingga 2 Mac dengan
penyertaan seramai 13 orang perempuan dan 2 lelaki termasuk aku.
28 Februari 2013
Tepat pukul 12 tengah hari aku berangkat dari
sekolah. Aku merupakan kumpulan yang paling lewat bertolak ke tapak kem, ini
kerana kami dipecahkan kepada 3 kumpulan, kami bertolak dengan menaiki kereta
guru bukannya bas sekolah seperti yang dijadualkan. Sebelum tiba ke destinasi, guru yang membawa
kami singgah ke beberapa tempat, itulah antara sebab yang menyebabkan
kelewatan kami ke tapak kem. Dalam perjalanan,
aku menerima beberapa sms dan panggilan telefon
untuk menanyakan lokasi semasa dari guruku yang telah tiba terlebih dahulu di
sana.
Tepat
pukul 2.30 petang kami tiba dan guru menurunkan aku di tapak perkhemahan
peserta perempuan. Selepas aku mengambil
beg, kami berjalan kaki ke tapak perkhemahan peserta lelaki dan mula mencari
khemah pengakap Durian Mas, ini kerana cikgu
aku telah berpesan agar mendirikan khemah berdekatan dengan peserta Durian Mas,
pertanyaan pertama aku membuahkan hasil apabila orang itu merupakan peserta
Durian Mas. Mereka menunjukkan tapak khemah yang telah dikhaskan oleh guruku
untuk kami berdua.
Di bawah pohon
rendang yang lebat yang nyaman . . . . . begitu selesa dan strategik kali,
pandai benar guruku memilih tempat ini. selepas khemah selesai didirikan, aku
mula menegur peserta2 yang berhampiran dengan ku, ternyata semua
wakil kelana daerah Dungun mendirikan khemah setempat sahaja . . . . .tak
sampai 5 minit aku berbual dengan mereka, pihak pengurusan kem mula memanggil
semua peserta untuk sesi taklimat dan selamat datang. Kemudian semua peserta di
bahagikan kepada 18 patrol dan aku dilantik sebagai ketua patrol 12 dengan
kekuatan anggota seramai 21 orang. Kemudian kami bersurai untuk rehat dan
solat.
Selepas solat selesai
menunaikan solat isyak, semua peserta kem berkumpul mengikut kumpulan masing2
untuk sesi MEMPERBAHARUI IKRAR TAAT SETIA PENGAKAP. Aku sepatutnya mengetuai kumpulan aku untuk
memperbaharui ikrar tersebut namun diganti oleh peserta lain sebab aku dh lupa
ikrar tu . . . . . kemudian kami bergerak ke dalam dewan untuk SESI mengenal
diri (virgil) sehingga pukul 12 tengah malam, kemudian kami bersurai. Ketika di
khemah, masih terdapat peserta yang belum mendirikan khemah pada pukul 1
pagi . . . . .
1 Mac
Aku bangun pada pukul
5.30 pagi, mandi dan menunaikan solat subuh, kemudian bergerak ke dewan untuk SENAMAN
PAGI yang diketuai oleh Sarjan Din, dari unit pengakap udara yang juga
merupakan seorang sarjan yang hampir
bersara dalam perkhidmatan tentera. Semua peserta dimarahi kerana lewat 20 minit dari waktu asal dan sesi senaman
pagi dibatalkan. Kami kemudianya diberi
sedikit taklimat dan bersurai ke khemah untuk menyarung seragam pengakap untuk ISTIADAT
MENAIK BENDERA. Selesai istiadat, kami diajar kawad kaki dan kawad TONGKAT selama
2 jam sehingga pukul 10. Selepas itu kami berehat untuk sarapan pagi. Setelah
itu, kami berkumpul dalam kumpulan dan diajar membuat pelbagai simpulan dan ikatan.
Tepat pukul 12.30
tengah hari kami bersurai untuk membersihkan diri dan kaum Muslimin dikehendaki
bersiap untuk menunaikan solat Jumaat. Semua peserta dikehendaki bergerak ke penjuru kem, setahu aku, tempat yang dituju tiada pintu pagar, telahan
aku ternyata benar apabila semua peserta mula memanjat pagar kem yang tingginya
lebih kurang 5 kaki ataupon setinggi leher aku dan terdapat besi2 tajam yang
memacak yang panjangnya 30cm, masa inilah semua peserta lelaki mula membantu
antara satu sama lain untuk melepasi pagar walaupon berbeza daerah dan kumpulan.
Ketika inilah aku melihat pelbagai gaya memanjat dan
disaksikan peserta perkhemahan pandu puteri yang turut sama berkhemah disitu. Kemudian , aku terus berjalan sehingga diarahkan
masuk ke dalam kawasan kem tentera, rupa2nya pihak kem sudah
memaklumkan pergerakan kami kepada pengurusan kem tentera, ini kerana terdapat 2
orang askar sedang menunggu kami. Selesai solat, semua peserta
kem memanjat lagi pagar untuk masuk dan berehat sehingga pukul 3 ptg.
Pada pukul 3 petang,
kami berkumpul mengikut kumpulan, terdapat 2 orang peserta lelaki kumpulan aku masih
belum hadir, aku terpaksa menipu pengajar disitu dengan menyatakan bahawa
bilangan kami lengkap. Selepas itu, kami
di diuji dalam ‘IKHTIAR HIDUP’, setiap kumpulan dibekalkan 2 biji telor, 2
batang mancis, sedikit pencucuh, sebiji bawang besar. Kemudian kami mencari
tempat untuk memasak, kami masih berkira2 untuk membakar kerana
hanya 2 batang mancis sahaja dibekalkan. Kami berjaya juga membakar tetapi
dengan menyalakan pada kertas yang sememangnya menyalahi peraturan. Selesai
memasak, kami membuat duduk dalam bulatan dan mula membincangkan tentang persembahan
malam kebudayaan malam nanti.
Pada pukul 4.30
petang kami diarahkan ke khemah masing2 untuk menunaikan solat Asar
dalam sebelum bergegas untuk SESI EKSPEDISI DAN KOTAK AJAIB. Oleh kerana masa
kian suntuk, kami hanya diberi penerangan cara2 menggunakan kompas
sahaja. Ketika itu terdapat sebuah kumpulan didenda dengan melakukan ‘kawad
dalam keadaan baring’ kerana membiarkan bendera kumpulan mereka jatuh ke tanah.
Kemudian kami kembali ke khemah untuk berehat.
Malamnya pula aku
memakai baju pasukan bola sepak real Madrid yang berwarna hitam berlengan
panjang, kemudian aku ditegur dengan panggilan “awok2” oleh seorang
peserta kem yang turut memakai baju yang
sama dengan aku, kemudian kami terus
bergambar sambil diperhatikan oleh peserta kem lain yang melihat dengan penuh
kehairanan gelagat kami berdua, hahahahaah . . . . . kemudian kami bersalaman
sebelum berpisah.
Kemudian kami semua
berkumpul dalam kumpulan untuk program MALAM KEBUDAYAAN (CAMP FIRE), pemuzik
yang mengiringi persembahan malam itu merupakan ahli pengakap kelana siswa dari
UMT. Kami menyanyi bermacam2 lagu . . . . kemudian kami dihiburkan
oleh setiap kumpulan, ada yang melakonkan drama, menyanyi dan lain2
. . . memang seronok dan meriah ketika itu, semua peserta memang betul2
sporting masa itu.
Selesai program itu,
pengendali acara mengarahkan semua borang pengujian hendaklah dicop pada malam
ini, maka kami semua bergegas ke dewan untuk mendapatkan tandatangan dan cop
penguji, kemudian petugas kem mengarahkan semua borang mesti diserahkan kepada
ketua kumpulan masing2 dan ketua kontinjen setiap sekolah masing2
untuk dihantar dan dicop demi mengelakkan kesesakan ketika itu. Maka ramailah
ahli2 dari kumpulan dan kontinjen aku menyerahkan borang kepada aku,
selepas masing2 menyerahkan borang kepada aku, aku terus mengarahkan
mereka masuk tidur. Maka tinggallah aku dan beberapa peserta lain yang senasib
denganku. Terima sahajalah, itu tanggungjawab setiap ketua. Selesai urusan, aku
terus masuk tidur pada jam 2 pagi.
2 Mac
Pagi tu aku bangun
pada jam 5 pagi, aduhh . . .memang letih
giler, aku hanya sempat melelapkan mata hanya selama 3 jam sahaja. Aku terus
mandi dan menunaikan solat subuh. Aku berehat seketika dan menggalas perut
sebelum memulakan SESI SENAMAN PAGI yang diketuai oleh Sarjan Din. Pada penghujung senaman pagi, semua peserta
diarahkan supaya baring diatas jalan tar, pada waktu itu juga aku mengambil
kesempatan melelapkan mata seketika. Kemudian beliau mengarahkan supaya peserta
bergolek kira2 50 meter.
Memang pening masa tu, ramai peserta pening
dan ada hampir2 muntah termasuk aku. Kemudian kami disuruh lagi
bergolek sejauh 30 meter kerana ramai peserta perempuan yang tidak bergolek.
Selepas itu semua peserta diminta berkumpul dan Sarjan Din mula melelong barang2
yang diserahkan kepadanya antaranya berus gigi(?), duit, dan lain2
barang(aku dah lupa). Selepas itu kami kembali ke khemah untuk memakai baju
seragam kemudian sarapan pagi.
Kami berkumpul lagi untuk
ISTIADAT MENAIK BENDERA.Selepas itu,, setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat
PROJEK PIONEERING dengan menggunakan buluh. Aku terus mengumpulkan ahli
kumpulan dan membahagikan tugas kepada mereka seperti mencari tempat projek,
mengambil parang di khemah dan mencari buluh. Aku dan kawan aku yang juga
merupakan seorang kelana terbuka mencari buluh di tapak perkhemahan pandu
puteri.
Selepas menjumpai
buluh yang sesuai, kami terus ke tapak berkumpul dan memulakan projek membuat
gajet, pada asalnya kami dikehendaki membuat menara setinggi 10 meter atau sehingga boleh dinaiki
oleh seorang pengakap. Tetapi disebabkan kesuntukan masa kami hanya diarahkan
untuk membuat menara setinggi 1 meter sahaja. Selesai projek, kami diarahkan
untuk mempersembahkan projek masing2 untuk dinilai. Ada kumpulan
yang masih belum siap,ada yang mempamerkan kretiviti masing2 dan ada
buat lain dari yang lain. Selepas markah diambil, ketua setiap kumpulan
diarahkan untuk menunggu seketika
sementara peserta lain diarahkan agar merobohkan khemah dalam masa 40
minit.
Sementara itu, ketua
kumpulan diberi sedikit penerangan secara ringkas dalam mengawal dan mengetuai
setiap kumpulan secara ringkas. Huh….igtkn ad nape tadi. Selepas sesi mengambil
gambar antara ketua2 kumpulan bersama gajet masing2
dilakukan. Kami diarahkan untuk pulang ke khemah.
Selepas semua
peralatan dikemaskan, aku bersalaman dengan peserta lain untuk mengucapkan
selamat tinggal, kami juga turut bergambar bersama untuk dijadikan kenang-kenangan.
Kemudian aku dan rakanku membawa beg masing2 untuk dikumpulkan
bersama2 dengan beg
perempuan. Selepas beberapa langkah diatur, beg terpaksa ditinggalkan dibawah
pokok kerana ahli perempuan sekolah ku tidak kelihatan. Aku terus mencapai
bendera kumpulan dan menuju ke dewan utama untuk MAJLIS PENUTUP.
Di dewan, aku terus mengumpulkan
ahli dengan mengibarkan bendera kumpulan setinggi yang boleh dan menjerit
“kumpulan 12” beberapa kali agar ahli2 yang lain mengetahui
kedudukan aku. Selepas itu, kami terus berbaris dan pengacara majlis
mengarahkan semua peserta bergerak ke dewan kecil untuk mengambil kerusi masing2.
Sebaik sahaja aku
masuk ke dewan itu, aku dan beberapa peserta lelaki terus membahagi2kan
kerusi kepada semua peserta. Suasana ketika itu memang panas dan sibuk kerana
rata2 peserta mahu cepat mendapatkan kerusi dan dan terus keluar
kerana tidak tahan panas. Selesai pembahagian, aku terus mengambil kerusi dan
berehat dibawah pokok untuk berehat seketika.
Setelah semua orang
menyusun kerusi di dewan, pangacara majlis meminta semua peserta berbaris untuk
mendapatkan makanan di kantin. Selesai makan tengah hari, aku berkumpul di
dewan sementara menunggu peserta lain selesai makan. Sementara itu, Sarjan Din memberi
sedikit takirah mengenai menghormati ibu bapa. Walaupun sekejap tetapi memang
berguna.
Majlis dimulakan
dengan menyanyikan lagu negaraku dan pengakap Malaysia. Selepas hampir sejam
berucap, majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah Kem Pengakap Terengganu, Tuan
Othman Ismail. Kemudian sesi penyampaian hadiah untuk 3 acara yang dipertandingkan
iaitu, peserta pengakap terbaik, kumpulan terbaik dan persembahan malam
kebudayaan terbaik (kalau tak silap,aku dah lupe satu lagi pertandingan tu).
Sebelum berpisah,
semua peserta dijemput untuk bergambar bersama2 dengan pihak
pengurusan kem mengikut daerah masing2. Sebelum itu, aku telah
diminta oleh Encik Mohd. Rosdi yang juga merangkap Penolong Pesuruhjaya Negeri
dari unit pengakap laut untuk mengambil gambar bagi pihak beliau. Sebelum
berpisah, aku telah mengingatkan kepada semua ahli kumpulan aku untuk bergambar
bersama tetapi tidak kesampaian apabila selesai sahaja program itu mereka semua
dah bergerak keluar dewan. Rupa2nya masing2 ingat rumah,
hanya beberapa orang sahaja yang setia menunggu.
Selesai bergambar,
aku terus menuju ke tempat aku meninggalkan beg. Aku melihat beg kawan aku
sudah tiada menandakan dia sudah bergerak dahulu meninggalkan aku. Kemudian aku
melihat rakanku mencari aku, apabila dia ternampak aku, dia terus menunjuk
kearah tapak perkhemahan perempuan. Aku terus mencapai beg dan kesana. Rupa2nya
semua rakanku hanya menunggu kedatanganku sahaja. Kami semua bergerak pulang
tepat pukul 2.30 petang dengan menggunakan sebuah kereta guru dan van sekolah.
Bagi aku, pergerakan
pengakap ini memang menyeronokkan. Pendek kata, aku memang tidak menyesal
dengan unit yang aku sertai ini sejak dari sekolah rendah sahaja lagi.
Sampai disini sahaja catatan aku untuk kali ini.
THE END!




