Syaitan ialah makhluk
Allah SWT yang diciptakan daripada api. Pada awal penciptaannya, syaitan
merupakan antara makhluk yang dekat dengan Allah SWT. Malah tergolong
antara malaikat-malaikat yang utama. Kekafirannya adalah bukan ia tidak
mempercayai kekuasaan dan kebenaran Allah SWT, tetapi ia adalah sifat ego dan
angkuh yang ada pada makhluk ini.
Sejarahnya bermula
begini, dahulunya iblis bernama Azazil adalah salah seorang dari malaikat utama
selain dari Jibril, Mikail, Izrail dan lain-lain. Azazil adalah makhluk yang
amat dekat dengan Allah SWT. Pada suatu ketika, tertulis di tiang langit
Allah SWT bahawasanya, "Kelak akan ada seorang hamba Allah
yang dahulunya amat mentaati Allah, namun sesudah itu menjadi durhaka dan kafir serta akan memenuhi
neraka.” Malaikat-malaikat lain
yang terlihat tulisan tersebut, semuanya bersedih hati menangis. Mereka bimbang
dan khuatir kalau-kalau ‘hamba’ yang dimaksudkan Allah SWT dalam tulisan itu
adalah mereka. Namun berbeza bagi Azazil. Dia sedikit pun tidak berasa takut
dan sedih, dia yakin bahawa Allah SWT sangat sayang padanya. Para malaikat lain
meminta Azazil agar mendoakan kepada Allah SWT supaya ‘hamba’ yang dimaksudkan
itu bukanlah mereka. Lantas Azazil berdoa
dan memohon dengan angkuh supaya Allah mengasihani malaikat-malaikat lain,
namun dia tidak berdoa perkara yang sama untuk dirinya kerana dia bergitu yakin
iaitu ‘hamba’ yang dimaksudkan itu bukan dirinya. Lebih mengharukan, Azazil meminta kebenaran
Allah SWT untuk mengutuk ‘hamba’ yang dimaksudkan itu. Lama-kelamaan angkuh
Azazil semakin menebal. Dan tibalah masanya sehingga Allah SWT berfirman di
dalam surah al-Baqarah :: 30,
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman
kepada para malaikat,”Sesunguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka
bumi….”
Pada awalnya semua
malaikat mempertikaikan keputusan Allah SWT tersebut namun setelah diperlihatkan
kebijaksanaan Nabi Adam a.s, barulah semua malaikat bersujud kepada Nabi Adam
a.s kecuali iblis.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah :: 34,
”Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat,
“Sujudlah kamu kepada Adam, maka
sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk
golongan orang-orang yang kafir.”
Ketika inilah Azazil
mengingkari perintah Allah SWT lalu namanya ‘iblis’ yang beerti ‘hamba yang
dijauhkan’. Iblis berasa cemburu dengan Nabi Adam. Sifat angkuh dan egonya
membuatkan ia tidak mahu tunduk kepada perintah Allah SWT. Konon katanya,
“Aku lebih baik daripadanya
kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.” [Shaad
:: 76]
Lalu seketika itu
juga iblis menjadi kafir kerana
menderhakai Allah SWT. Lalu tahulah dia selama ini, ‘hamba’ yang dimaksudkan
Allah SWT dahulu adalah dirinya sendiri.
Kerana angkuh dan sombongnya, dia sendiri tidak pernah bermuhasabah diri, malah tanpa rasa bersalah meminta izin
Allah SWT untuk mengutuk dirinya sendiri. Sebaliknya, sikap yang sepatutnya
ialah memohon keampunan untuk ‘hamba’ itu. Sifat angkuh inilah yang memakan
dirinya sendiri. Kemudian Allah SWT berfirman kepada iblis di dalam surah Shaad
:: 77
“Maka keluarlah kamu dari
syurga, sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk.”
Sejak dari itu, iblis
menyimpan dendam terhadap manusia. Lalu dia mula merangka strategi untuk
menghancurkan manusia. Iblis berikrar,
“Demi kekuasaan Engkau
(Allah), aku akan menyesatkan mereka semuanya,”
[Shaad:: 82]
Lalu Allah SWT berfirman
kepada iblis di dalam surah Shaad:: 85,
” Sesungguhnya aku pasti
akan memenuhi neraka Jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang
mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya.”
Demikianlah bermulanya
perjuangan iblis untuk menggagalkan anak cucu Adam untuk kembali ke tempat
asal mereka iaitu syurga. Syaitan tidak pernah berhenti menghasut dan menggoda
kita sampai ke hari kehancurannya. Jadi, marilah kita sama-sama meningkatkan
perisai iman dan takwa agar, agar musuh moyang kita ini serta musuh kita
sendiri ini, tidak dapat menguasai diri kita.
"Wahai
Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan""Dan
aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak
menghampiriku"
(An-Naml
: 19)



.jpg)