Halaman

Ahad, 9 Jun 2013

Ada apa dengan . . . lori sampah??



Lori sampah? mesti perkara pertama yang korang fikir ialah sampah. Siapa yang suka sampah? sampah yang kotor, yang busuk, yang meloyakan, yang penuh dengan segala macam bakteria merbahaya.Lori sampah pula? Kerenderaan yang mengangkut semua sisa pepejal yang dilonggokan oleh manusia.

Lalu mengapa aku tulis di ruangan ini?



Ya..macam-macam persepsi negatif  mengenai lori sampah ini dalm fikiran setiap insan. Sama macam aku dahulu. Memang betul lori ini berhenti di setiap tong sampah untuk mengumpul sisa pepejal sebelum dihantar ke  tapak  pelupusan. Malah  sesetengah  lori  melepaskan  air  kotoran  yang teramat  busuk  di tengah - tengah jalan.


Malah kadang- kadang  ketika sedang bergelak ketawa, beriadah, bermain-main di halaman lori akan lalu menjalankan kewajipan mereka. Ketika berhenti inilah  bau yang 'menusuk kalbu' akan menyerang hidung.
"arghhh..masa ni lah lori sampah datang"
"macam takde masa lain nak mari kutip sampah, dah la busuk"
Begitulah antara persepsi negatif  sesetengah masayarakat yang tidak memikirkan  kebaikan semua ini. Tak pasal-pasal mendapat 'dosa free' kerana mengejek. 



Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. 
Surah Al Hujurat: ayat 11.


Cuba fikirkan balik, korang semua nak buat ke semua kerja itu? Bergelumang dengan kekotoran, menghidu bau busuk, bekerja dibawah panahan matahari sepanjang hari. Sanggup tak buat semua ini? Kalau tak sanggup, sila tutup mulut  bukan lama pun, tak sampai 2 minit mereka berada di kawasan kejiranan anda.

Biarlah mereka dengan urusan mereka, tak perlu merendahkan martabat golongan ini  hanya kerana status kerja mereka. Walaupun pekerjaan mereka hanya sebagai pengutip sampah di jalanan, dengan tingkat gaji yang tak seberapa, ia tetap dikira  sebagai rezeki yang halal. Kerja sebegini  ini lebih baik daripada menjadi   pencuri, perompak atau penyeluk saku, malah ia jauh lebih baik daripada kerjaya sebagai   polis yang makan rasuah, menteri yang memakan duit rakyat  atau kerani bank yang pecah amanah yang mana pendapatannya jelas haram. 


Mencari rezeki halal, bukankah ia perintah tuhan kepada manusia?

 “Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya saja kamu beriman.” 
Surah Al-Maidah: ayat 88


Sabda Rasulullah SAW: 

“Jika dia keluar mencari rezeki untuk anak yang kecil, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezeki untuk kedua ibu bapanya yang tua, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezeki untuk dirinya sendiri, maka dia berada di jalan Allah, dan jika dia keluar mencari rezeki dengan perasaan riak dan membangga diri, sesungguhnya dia berada di jalan syaitan”
 (Riwayat al-Tabrani).”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan