Halaman

Ahad, 9 Jun 2013

Khutbah Terakhir Rasulullah



“Wahai  manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui  apakah aku dapat  bertemu lagi dengan  kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku  dan  sampaikanlah  ia  kepada  orang-orang  yang tidak  dapat  hadir  di  sini  pada  hari  ini.   Wahai  manusia, sebagaimana  kamu  menganggap  bulan  ini  dan  kota  ini  sebagai  suci. Kembalikanlah  harta yang diamanahkan kepada kamu kepada  pemiliknya  yang  berhak. Janganlah kamu sakiti  sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti membuat  segala  perhitungan di atas segala  amalan  kamu.  Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan mengenai riba dibatalkan  mulai   sekarang.  Berwasapadalah  terhadap  syaitan demi  keselamatan  agama  kamu.  Dan   dia  telah  berputus asa untuk  menyesatkan  kamu  dalam perkara-perkara yang besar, maka  berjaga-jagalah  supaya  kamu  tidak  mengikutinya  dalam perkara-perkara  kecil.”

“Wahai  manusia, sebagaimana  kamu  mempunyai  hak  keatas  isteri  kamu,   mereka  juga   mempunyai  hak  keatas  kamu. Sekiranya mereka  menyempurnakan  hak  mereka  keatas  kamu, maka  mereka  juga  berhak  untuk  diberi  makan  dan  pakaian  dalam  suasana  kasih  sayang.  layanilah wanita kamu  dengan baik, lemah-lembutlah terhadap mereka kerana  sesungguhnya  mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu  keatas   mereka   ialah   sama   sekali   tidak  boleh  memasukkan  orang  yang  kamu  tidak  sukai ke  dalam  rumah  kamu  dan  dilarang  melakukan  zina.”

“Wahai  manusia,  dengarlah  bersungguh-sungguh   kata-kataku  ini,  sembahlah  Allah,  dirikanlah  solat  lima  kali  sehari, berpuasalah   di   bulan   Ramadan  dan  tunaikanlah  zakat  dari  harta kekayaan kamu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim itu bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak  seorang  pun  yang  lebih  mulia  dari  yang  lainnya  kecuali dalam  takwa  dan  beramal  soleh. Ingatlah bahawa kamu akan  menghadap  Allah  pada  suatu  hari  untuk    dipertanggungjawabkan  diatas  segala   apa  yang  telah  kamu  kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sesekali terkeluar dari landasan  kebenaran  selepas  ketiadaanku”

“Wahai  manusia,  tidak  ada  nabi  atau  rasul  lagi  selepasku  dan  tidak akan   lahir  lagi  agama  baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah  dengan  betul  dan  fahamilah  kata-kata  yang  telah  aku sampaikan  kepada  kamu.  Sesungguhnya  kau  telah  tinggalkan  kamu  dua  perkara,  yang  sekiranya  kamu  berpegang  teguh  dan mengikuti  kedua-duanya  nescaya  kamu  tidak  akan  tersesat selama-lamanya.  Itulah  al-Quran  dan  Sunnahku.  Hendaklah orang   yang  mendengar  ucapanku  menyampaikan   pula  kepada  orang  lain.  Semoga  yang terakhir  lebih  memahami  kata-kataku dari  mereka  yang terus mendengar  dariku.  Saksikanlah  Ya  Allah, bahawasanya  telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu”.



(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah pada 9-hari bulan Zulhijah tahun ke-10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan