”Kebanyakkan
wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa
wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.
1. Kerana
kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan,
kesakitan dan cubaan (seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan
melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.)
2. Tiada
memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.(Jarang
terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian
suaminya.)
3. Sering
mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila
berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin
dengan awak tidak ada apa-apapun.)
4. Gemar
bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: bercakap
mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
5.Kurang
akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama (iaitu mereka sering
tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling
dan suasana serta kemewahan lahiriah.)
Keadaan wanita
10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di
dalam syurga.
Wanita yang
menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan
lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.
Mana-mana
wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu
dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
Perempuan yang
melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya)
adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
Pertama urusan
yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai
urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).
Mana-mana
perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki
ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan
tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
HADIS-HADIS NABI MUHAMMAD
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah
s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang
panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat
Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka
tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat
kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa
(demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran
mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda
menjawab : “Mereka kufur terhadap
suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah
seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu
pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah
melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang
berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk
mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati
mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda :
“Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka
Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita
lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa
demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Wallahu 'lam.
RENUNGAN UNTUK WANITA AKHIR ZAMAN
Ali r.a meriwayatkan
sebagai berikut:
“saya
bersama-sama fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w, maka kami temui
beliau dalam keadaan menangis. Kami bertanya kepada baginda: “apakah yang
menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?”
baginda menjawab:
“pada malam aku diisra’kan ke langit, aku melihat orang-orang yang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis”.
Saya bertanya lagi: “wahai Rasulullah apakah yang engkau lihat?”
baginda menjawab:
“pada malam aku diisra’kan ke langit, aku melihat orang-orang yang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis”.
Saya bertanya lagi: “wahai Rasulullah apakah yang engkau lihat?”
baginda
bersabda:
1.
wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih
2.
wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya yang di cabut dari
belakang, sedangkan tar mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya
3.
wanita yang digantung dengan buah dadanya dari belakang badannya, sedang air
getah kayu zakum dituangkan ke keronkongnya
4.
wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah umbun-unbun
kepalanya, serta dibelit dibawah kekuasaan ular dank ala jengking
5.
wanita yang memakan badannya sendiri, serta di bawah tampak api yang
berkobar-kobar dengan hebatnya
6.
wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka
7.
wanita yang bermuka hitam serta memakan usus-ususnya sendiri
8.
wanita yang tuli, buta dan bisu di dalam peti neraka, sedang badannya mengalir
darah dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga dan mulut) dan badannya
membusuk akibat penyakit kulit
9.
wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himar (keldai) yang
mendapat berjuta macam seksaan
10.
wanita yang berbentuk anjing sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk
melalui duburnya sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu
dari neraka
Maka
berdirilah Fatimah sambil berkata: “wahai ayahku, mata hati kesayanganku,
ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu? Rasulullah
s.a.w bersabda: “hai Fatimah, ada pun tentang:
1.
wanita yang di gantung dengan rambutnya, karana dia tidak menjaga rambutnya
(ditutup) dikalangan lelaki
2.
wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya
dengan kata-katanya
3.
ada pun wanita yang digantung dengan payu daranya, karana dia menyusui anak
orang lain tanpa izin suaminya
4.
adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu, karana dia keluar
rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dan haid dan nifas (keluar darah
selepas melahirkan anak)
5.
ada pun wanita yang memakan badannya sendiri, karana dia bersolek untuk dilihat
lelaki lain serta suka membicarakan aib orang lain
6.
adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting kerana dia suka
menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan oaring ramai, dengan maksud
supaya mereka (orang ramai) itu melihat perhiasan, dan orang yang melihatnya
jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya
7.
adapun wanita yang diikat kedua kakinya dan tangannya sampai keumbun-umbun dan
di belit oleh ular dank ala jenking, karana dia mampu untuk mengerjakan solat
dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwuduk dan solat dan tidak mahu mandi wajib
8.
adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti hamar
kerana dia suka mengadu domba serta berdusta
9.
adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, karana dia ahli fitnah serta suka
marah-marah kepada suaminya
Wallahu 'lam.
Pinjam hadis buat pedoman..TQ
BalasPadam