Halaman

Khamis, 25 April 2013

Kursus Ketua 6 Sekawan Peringkat Daerah Dungun







Hari pertama

Aku bertolak ke SK Padang Pulut dengan disertai 9 orang pengakap kelana kerana dijemput untuk menjadi urusetia Perkhemahan Kursus Ketua 6 Sekawan Peringkat Daerah Dungun. Perkhemahan yang dihadiri oleh 24 buah sekolah rendah dengan penyertaan 6 pengakap kanak-kanak (PKK) , sesuai dengan nama kursus ‘6 sekawan’.  Kami melapor diri pada pukul 5, lewat sejam dari jadual.  Selepas itu, kami keluar untuk makan di kedai, cikgu belanje (hehehe…)

Kami kembali semula ke sekolah  dan aku mula berjalan ke arah khemah budak2 untuk melihat mereka mendirikan khemah dan menegur peserta kursus. Selepas itu, pegawai bertugas mula mengumpulkan peserta untuk memulakan sesi pertama iaitu ikatan dan simpulan. Peserta dipecahkan kepada  5 kumpulan dan  kami membahagikan tugas untuk mengajar peserta cara2 membuat  ikatan, cikgu2 lain hanya melepak dan berbual sambil  memerhatikan kami mengajar,  bagi aku, tak mengapalah…..ada sedikit pengalaman aku mengajar , sesuai dengan cita2 aku, seorang guru…hehe J

Selesai tugas, kami mengangkat beg dan menuju ke asrama untuk membersihkan diri.

Selesai solat Isyak, kami bergerak ke dewan untuk sesi pemakaian uniform dan pengujian lencana pengakap. Disini aku hanya memerhatikan sesi yang dikendalikan oleh cikgu Din.

Tepat pukul 10, semua peserta diarahkan untuk tidur…..tapi aku dah jangka yang diorang tak akan tidur, mesti berlari2 memang riuh, akhirnya mereka masuk tidur 2 jam kemudian selepas kitorang marah2, hehe..
Kami masuk asrama tidak lama kemudian selepas diarahkan cikgu Manan…..



 Hari kedua

Aku bangun  pada pukul  6 pagi, selepas bersiap…kami turun ke dataran untuk sesi isiadat pagi pada pukul 8.  Semua  peserta  nampaknya masih belum mengetahui apa2 tentang istiadat pagi. Segalanya perlu diterangkan dan aku sekali lagi hanya memerhati…..kemudian En. Jeffry,  seorang askar wataniah hadir ke tapak berkumpul untuk memberi arahan kawad kepada peserta.

sepatutnya mereka diwajibkan memakai seragam lengkap bukan sebegini....

Sebelum itu, semua peserta diberi sarapan pagi. Mereka kembali ke khemah untuk mengambil pinggan dan terus berlari ke kantin untuk makan. Risau pulak aku kalau ada yang jatuh…di kantin, aku telah menjaga barisan budak2 yang menunggu giliran untuk mengambil makanan walaupun sebenarnya ia tiada dalam senarai tugas aku, apa yang penting bagi aku ialah keselesaan peserta  walaupon perut aku dah beberapa kali berbunyi minta diisi.

Kemudian,  aku mengarahkan semua peserta membuka khemah untuk aliran udara keluar masuk khemah. Bukannya apa, setiap khemah berbau hapak gila, terfikir aku….mereka semua tak ada hidung ke??

Kemudian, sesi kawad kaki dikendalikan oleh Encik Jeff(nama singkatan askar tadi). Kemudian 3 pegawai JPAM mengambil alih untuk sesi bantuan ketika kecemasan.

Peserta kemudianya diberi minum pagi. Seterusnya guru praktikal mengambil alih tugas untuk sesi nyanyian dalam pengakap. Ketika inilah semua urusetia mengambil masa untuk berehat. Aku mengasingkan diri di kolam ikan. Semua peserta diajar menyanyi dan bergembira sehingga ada yang menari.

Kemudian, peserta lelaki diminta membersihkan diri untuk solat Jumaat.  Kami berempat termasuk seorang cikgu mengawasi peserta  berjalan kaki ke masjid yang terletak kira2 200 meter. Ketika pulang, semua peserta keletihan dan meminta untuk berehat daripada kami apabila balik nanti.

Pada pukul 3 petang, peserta dipecahkan kepada 3 kumpulan dan bermain permainan.  Aku bertiga menguruskan permainan galah panjang. 
galah panjang


Sebaik sahaja habis permainan, ribut dan yang kuat hujan lebat tiba2 melanda tapak perkhemahan. Kami  urusetia lelaki bertiga mula membantu peserta membaiki khemah supaya tak diterbangkan angin. Yang aku hairannya, mana perginya 7 urusetia perempuan sehingga aku terpaksa memasuki tapak perkhemahan perempuan yang sebelum ini merupakan kawasan larangan bagi lelaki. Tadi bukan lagi seronok bermain, tapi bila ribut masing2  menghilangkan diri.
ribut melanda..(gambar tak jelas..)



Kemudian, sesi istiadat laung agung dijalankan sementara menunggu ribut reda.  Peserta berehat pada pukul 6.30 petang dan kami pulang ke asrama tidak lama selepas itu setelah meninjau khemah peserta.

Pada malam persembahan, semua peserta bergembira lagi apabila mereka menyanyi, bermain permainan ‘topi beracun’ dan melihat urusetia perempuan  membuat persembahan. Aku bertiga menolak untuk membuat persembahan. Kemudian  pada pukul 11  malam  semua urusetia keluar menuju ke bukit besi untuk makan. Sekali lagi cikgu belanja kitorang…dan disini lah kami berjumpa dengan boss PPU. Faiza. Kami pulang sejam kemudian.



Hari ketiga

Pagi tu kami menguruskan diri macam biasa, sebaik sahaja turun ke dataran untuk menghadiri istiadat pagi. Semua peserta sudah pon berada dalam barisan.  Kemudian peserta diberi makan pagi dan berkawad.

Sepatutnya aku yang mesti memberikan arahan kawad tetapi aku mengarahkan kawan aku untuk mengambil alih tugas. Memang hancur arahan kawad, banyak salah, baik aku yang bagi.

Kemudian peserta diarahkan berkumpul di dewan untuk sesi pengujian lencana wajib ‘berbasikal’. Masa inilah aku ambil untuk berehat. Kemudian, semua peserta diberi minum petang sebelum pulang ke khemah untuk memakai pakaian seragam lengkap. Aku  pulang ke asrama untuk berkemas menandakan bahawa masa untuk kami berada di sini hampir habis.

Selepas menyarung seragam lengkap, kami turun ke dewan sebelum ke tapak khemah peserta untuk membantu peserta merobohkan khemah mereka. Walaupon mereka mengaku pandai melipat khemah tetapi hakikatnya mereka gagal melakukannya dengan betul, ada yang tersalah letak batang, gulungan terlalu besar, dan lain2.
mengaku pandai tapi lipat khemah pon salah

Selepas selesai, aku mengarahkan kesemua mereka ke dewan untuk majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan. Sementara menunggu majlis berlangsung, kami bertiga berkumpul dan beberapa orang peserta datang mengadu tentang pakaian mereka hilang, ada yang hilang baju, topi, skaf, woogle, baju t-shirt dan lain2. Aku hanya mengarahkan mereka mencari. Selesai majlis aku ke kantin untuk makan dan pulang ke asrama sementara menunggu cikgu datang.

Heh….walaupun letih dan mengantuk, aku tetap gembira kerana semuanya berjalan lancar. Apa yang penting bagi aku ialah pengalaman bukannya wang atau sijil. Dan paling gembira semasa aku disini, para peserta memanggil urusetia dengan  gelaran abang dan CIKGU  walaupun masa untuk aku digelar sedemikian masih belum tiba lagi. hehe. J



lain2 gambar ada kat bawah ni.....


masing2 sibuk dengan tali di tangan..diorang nak ikat ape??

yang berbaju pangakap tu mengajar kawan dia membuat
ikatan, aku hanya memerhati sahaja...

terbongkok2..ape yang dye buat tu??

gaya yang memerlukan ketahanan peha yang tinggi...

En. Jeff sedang membetulkan kawad...

yang ni pula sesi pertolongan cemas yang dikendalikan oleh
JPAM

antara peserta kursus!
abang JPAM sedang memberikan tunjuk ajar..



waktu malam pulak kitorang angkat katil...
(x de keje la katakan...)
kemas betul budak2 ni simpan...tak macam aku..(malunye..)

bawak budak2 ke masjid...aku pulak jaga bahagian belakang
(jauhnyer...)

haaa...galah panjang..

aku tak tau diorang main ape..sebab bukan bawah kendalian aku

masa ribut..kuat gila, hampir2 menerbangkan khemah
(lepak di bawah pokok masa ni  )

ni bukan katil aku, ni katil kawan aku..

katil aku tidur, aku  tidur kat atas



asrama perempuan

yang ni pulak asrama lelaki. tingkat 2 yang ada lampu
menyala tu bilik kitorang...

kawad pagi...kitorang yang ajarkan

suasana ketika merobohkan khemah (panas wooo..)

kerjasama itu penting..


tanah dah jadi lapang....
khemah dah takde

Tiada ulasan:

Catat Ulasan