Halaman

Isnin, 8 April 2013

Pantai Teluk Lipat....kawasan lepakku~



Pantai..
Sesibuk mane pon aku ngan urusan duniawi, pantai tempat wajib untuk aku melepakkan diri walaupun tak ditemani sesiapa….kehadiranku disini hanya ditemani oleh motor EX5 sahaja, itu pon pemberian abang aku....

kawasan feveret aku ialah di sebelah padang golf. Air disitu lebih tenang dan angin yang bertiup membuatkan aku kadang2 leka.  Walaupon tujuanku kesini adalah untuk  lepak menenangkan fikiran yang sentiasa berserabut ini, sempat juga aku memikirkan idea untuk blog aku yang tak seberapa. Harap korang sudi baca catatan aku yang tak seberapa ni :)

Pantai….
Ku menghadap pantai yang luas
mengamati putaran alam yang tak mengenal erti rehat
disini aku mengasingkan jasadku seketika
dari hiruk pikuk duniawi
dari urusan yang tak akan selesai.
Disini juga aku memerhatikan gelagat manusia
ada yang mengorek hasil laut dengan menjala
ada juga yang memancing.


Biarlah…
biarlah mereka dengan urusan mereka…
mencari rezeki yang diredhai Illahi.


Akan tetapi….
aku sedih, aku geram
dengan menjadikan pantai
sebagai tempat membuang sampah,
sebagai tempat memadu kasih bagi muda mudi
yang tak mengenal erti dosa
bebas berpelukan tanpa segan
dimana budaya timurmu
yang selama ini dipertahankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan