Halaman

Isnin, 25 Mac 2013

Kursus kemahiran pengakap kelana: lencana keahlian(virgil) & lencana kemahiran



Aku   mendapat  tawaran  dari  guru  pembimbingku untuk mengikuti  KURSUS KEMAHIRAN SKIM LATIHAN  PERKHEMAHAN  PENGAKAP KELANA:  LENCANA  KEAHLIAN(VIRGIL)  &  LENCANA  KEMAHIRAN  DI  KEM  PENGAKAP  TENGKU  MUHAMMAD  ISMAIL,  TELAGA  BATIN  di  Kuala  Terengganu anjuran Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail selama 3 hari 2 malam  bermula 28 Februari hingga 2 Mac dengan penyertaan seramai 13 orang perempuan dan 2 lelaki termasuk aku. 


28  Februari 2013
Tepat  pukul 12 tengah hari aku berangkat dari sekolah. Aku merupakan kumpulan yang paling lewat bertolak ke tapak kem, ini kerana kami dipecahkan kepada 3 kumpulan, kami bertolak dengan menaiki kereta guru bukannya bas sekolah seperti yang dijadualkan.  Sebelum tiba ke destinasi, guru yang membawa kami singgah ke beberapa tempat, itulah antara sebab yang menyebabkan kelewatan  kami ke tapak kem. Dalam perjalanan, aku menerima beberapa sms  dan panggilan telefon untuk menanyakan lokasi semasa dari guruku yang telah tiba terlebih dahulu di sana.

 Tepat  pukul 2.30 petang kami tiba dan guru menurunkan aku di tapak perkhemahan peserta perempuan.  Selepas aku mengambil beg, kami berjalan kaki ke tapak perkhemahan peserta lelaki dan mula mencari khemah pengakap Durian Mas, ini kerana  cikgu aku telah berpesan agar mendirikan khemah berdekatan dengan peserta Durian Mas, pertanyaan pertama aku membuahkan hasil apabila orang itu merupakan peserta Durian Mas. Mereka menunjukkan tapak khemah yang telah dikhaskan oleh guruku untuk kami berdua. 

Di bawah pohon rendang yang lebat yang nyaman . . . . . begitu selesa dan strategik kali, pandai benar guruku memilih tempat ini. selepas khemah selesai didirikan, aku mula menegur peserta2 yang berhampiran dengan ku, ternyata semua wakil kelana daerah Dungun mendirikan khemah setempat sahaja . . . . .tak sampai 5 minit aku berbual dengan mereka, pihak pengurusan kem mula memanggil semua peserta untuk sesi taklimat dan selamat datang. Kemudian semua peserta di bahagikan kepada 18 patrol dan aku dilantik sebagai ketua patrol 12 dengan kekuatan anggota seramai 21 orang. Kemudian kami bersurai untuk rehat dan solat.

Selepas solat selesai menunaikan solat isyak, semua peserta kem berkumpul mengikut kumpulan masing2 untuk sesi MEMPERBAHARUI IKRAR TAAT SETIA PENGAKAP.  Aku sepatutnya mengetuai kumpulan aku untuk memperbaharui ikrar tersebut namun diganti oleh peserta lain sebab aku dh lupa ikrar tu . . . . . kemudian kami bergerak ke dalam dewan untuk SESI mengenal diri (virgil) sehingga pukul 12 tengah malam, kemudian kami bersurai. Ketika di khemah, masih terdapat peserta yang belum mendirikan khemah pada pukul 1 pagi  . . . . .



1 Mac
Aku bangun pada pukul 5.30 pagi, mandi dan menunaikan solat  subuh, kemudian bergerak ke dewan untuk SENAMAN PAGI yang diketuai oleh Sarjan Din, dari unit pengakap udara yang juga merupakan seorang   sarjan yang hampir bersara dalam perkhidmatan tentera. Semua peserta dimarahi kerana lewat  20 minit dari waktu asal dan sesi senaman pagi dibatalkan.  Kami kemudianya diberi sedikit taklimat dan bersurai ke khemah untuk menyarung seragam pengakap untuk ISTIADAT MENAIK BENDERA. Selesai istiadat, kami diajar kawad kaki dan kawad TONGKAT selama 2 jam sehingga pukul 10. Selepas itu kami berehat untuk sarapan pagi. Setelah itu, kami berkumpul dalam kumpulan dan diajar membuat pelbagai  simpulan dan ikatan. 

Tepat pukul 12.30 tengah hari kami bersurai untuk membersihkan diri dan kaum Muslimin dikehendaki bersiap untuk menunaikan solat Jumaat.  Semua peserta dikehendaki  bergerak ke penjuru kem, setahu aku,  tempat yang dituju tiada pintu pagar, telahan aku ternyata benar apabila semua peserta mula memanjat pagar kem yang tingginya lebih kurang 5 kaki ataupon setinggi leher aku dan terdapat besi2 tajam yang memacak yang panjangnya 30cm, masa inilah semua peserta lelaki mula membantu antara satu sama lain untuk melepasi pagar walaupon berbeza daerah dan kumpulan. 

Ketika inilah  aku melihat pelbagai gaya memanjat dan disaksikan peserta perkhemahan pandu puteri yang turut sama berkhemah disitu.  Kemudian , aku terus berjalan sehingga diarahkan masuk ke dalam kawasan kem tentera, rupa2nya pihak kem sudah memaklumkan pergerakan kami kepada pengurusan kem tentera, ini kerana terdapat 2 orang  askar sedang  menunggu kami. Selesai solat, semua peserta kem memanjat lagi pagar untuk masuk dan berehat sehingga pukul 3 ptg.


Pada pukul 3 petang, kami berkumpul mengikut kumpulan, terdapat 2 orang peserta lelaki kumpulan aku masih belum hadir, aku terpaksa menipu pengajar disitu dengan menyatakan bahawa bilangan  kami lengkap. Selepas itu, kami di diuji dalam ‘IKHTIAR HIDUP’, setiap kumpulan dibekalkan 2 biji telor, 2 batang mancis, sedikit pencucuh, sebiji bawang besar. Kemudian kami mencari tempat untuk memasak, kami masih berkira2 untuk membakar kerana hanya 2 batang mancis sahaja dibekalkan. Kami berjaya juga membakar tetapi dengan menyalakan pada kertas yang sememangnya menyalahi peraturan. Selesai memasak, kami membuat duduk dalam bulatan dan mula membincangkan tentang persembahan malam kebudayaan malam nanti. 

Pada pukul 4.30 petang kami diarahkan ke khemah masing2 untuk menunaikan solat Asar dalam sebelum bergegas untuk SESI EKSPEDISI DAN KOTAK AJAIB. Oleh kerana masa kian suntuk, kami hanya diberi penerangan cara2 menggunakan kompas sahaja. Ketika itu terdapat sebuah kumpulan didenda dengan melakukan ‘kawad dalam keadaan baring’ kerana membiarkan bendera kumpulan mereka jatuh ke tanah. Kemudian kami kembali ke khemah untuk berehat.

Malamnya pula aku memakai baju pasukan bola sepak real Madrid yang berwarna hitam berlengan panjang, kemudian aku ditegur dengan panggilan “awok2” oleh seorang peserta kem yang  turut memakai baju yang sama dengan aku,  kemudian kami terus bergambar sambil diperhatikan oleh peserta kem lain yang melihat dengan penuh kehairanan gelagat kami berdua, hahahahaah . . . . . kemudian kami bersalaman sebelum berpisah.

Kemudian kami semua berkumpul dalam kumpulan untuk program MALAM KEBUDAYAAN (CAMP FIRE), pemuzik yang mengiringi persembahan malam itu merupakan ahli pengakap kelana siswa dari UMT. Kami menyanyi bermacam2 lagu . . . . kemudian kami dihiburkan oleh setiap kumpulan, ada yang melakonkan drama, menyanyi dan lain2 . . . memang seronok dan meriah ketika itu, semua peserta memang betul2 sporting masa itu.

Selesai program itu, pengendali acara mengarahkan semua borang pengujian hendaklah dicop pada malam ini, maka kami semua bergegas ke dewan untuk mendapatkan tandatangan dan cop penguji, kemudian petugas kem mengarahkan semua borang mesti diserahkan kepada ketua kumpulan masing2 dan ketua kontinjen setiap sekolah masing2 untuk dihantar dan dicop demi mengelakkan kesesakan ketika itu. Maka ramailah ahli2 dari kumpulan dan kontinjen aku menyerahkan borang kepada aku, selepas masing2 menyerahkan borang kepada aku, aku terus mengarahkan mereka masuk tidur. Maka tinggallah aku dan beberapa peserta lain yang senasib denganku. Terima sahajalah, itu tanggungjawab setiap ketua. Selesai urusan, aku terus masuk tidur pada jam 2 pagi.



2 Mac
Pagi tu aku bangun pada jam 5 pagi, aduhh  . . .memang letih giler, aku hanya sempat melelapkan mata hanya selama 3 jam sahaja. Aku terus mandi dan menunaikan solat subuh. Aku berehat seketika dan menggalas perut sebelum memulakan SESI SENAMAN PAGI yang diketuai oleh Sarjan Din.  Pada penghujung senaman pagi, semua peserta diarahkan supaya baring diatas jalan tar, pada waktu itu juga aku mengambil kesempatan melelapkan mata seketika. Kemudian beliau mengarahkan supaya peserta bergolek  kira2 50 meter. Memang pening masa tu, ramai peserta  pening dan ada hampir2 muntah termasuk aku. Kemudian kami disuruh lagi bergolek sejauh 30 meter kerana ramai peserta perempuan yang tidak bergolek. Selepas itu semua peserta diminta berkumpul dan Sarjan Din mula melelong barang2 yang diserahkan kepadanya antaranya berus gigi(?), duit, dan lain2 barang(aku dah lupa). Selepas itu kami kembali ke khemah untuk memakai baju seragam kemudian sarapan pagi.

Kami berkumpul lagi untuk ISTIADAT MENAIK BENDERA.Selepas itu,, setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat PROJEK PIONEERING dengan menggunakan buluh. Aku terus mengumpulkan ahli kumpulan dan membahagikan tugas kepada mereka seperti mencari tempat projek, mengambil parang di khemah dan mencari buluh. Aku dan kawan aku yang juga merupakan seorang kelana terbuka mencari buluh di tapak perkhemahan pandu puteri. 

Selepas menjumpai buluh yang sesuai, kami terus ke tapak berkumpul dan memulakan projek membuat gajet, pada asalnya kami dikehendaki membuat menara  setinggi 10 meter atau sehingga boleh dinaiki oleh seorang pengakap. Tetapi disebabkan kesuntukan masa kami hanya diarahkan untuk membuat menara setinggi 1 meter sahaja. Selesai projek, kami diarahkan untuk mempersembahkan projek masing2 untuk dinilai. Ada kumpulan yang masih belum siap,ada yang mempamerkan kretiviti masing2 dan ada buat lain dari yang lain. Selepas markah diambil, ketua setiap kumpulan diarahkan untuk menunggu seketika  sementara peserta lain diarahkan agar merobohkan khemah dalam masa 40 minit.

Sementara itu, ketua kumpulan diberi sedikit penerangan secara ringkas dalam mengawal dan mengetuai setiap kumpulan secara ringkas. Huh….igtkn ad nape tadi. Selepas sesi mengambil gambar antara ketua2 kumpulan bersama gajet masing2 dilakukan. Kami diarahkan untuk pulang ke khemah.

Selepas semua peralatan dikemaskan, aku bersalaman dengan peserta lain untuk mengucapkan selamat tinggal, kami juga turut bergambar bersama untuk dijadikan kenang-kenangan. Kemudian aku dan rakanku membawa beg masing2 untuk dikumpulkan bersama2  dengan beg perempuan. Selepas beberapa langkah diatur, beg terpaksa ditinggalkan dibawah pokok kerana ahli perempuan sekolah ku tidak kelihatan. Aku terus mencapai bendera kumpulan dan menuju ke dewan utama untuk MAJLIS PENUTUP. 

Di dewan, aku terus mengumpulkan ahli dengan mengibarkan bendera kumpulan setinggi yang boleh dan menjerit “kumpulan 12” beberapa kali agar ahli2 yang lain mengetahui kedudukan aku. Selepas itu, kami terus berbaris dan pengacara majlis mengarahkan semua peserta bergerak ke dewan kecil untuk mengambil kerusi masing2.  

Sebaik sahaja aku masuk ke dewan itu, aku dan beberapa peserta lelaki terus membahagi2kan kerusi kepada semua peserta. Suasana ketika itu memang panas dan sibuk kerana rata2 peserta mahu cepat mendapatkan kerusi dan dan terus keluar kerana tidak tahan panas. Selesai pembahagian, aku terus mengambil kerusi dan berehat dibawah pokok untuk berehat seketika. 

Setelah semua orang menyusun kerusi di dewan, pangacara majlis meminta semua peserta berbaris untuk mendapatkan makanan di kantin. Selesai makan tengah hari, aku berkumpul di dewan sementara menunggu peserta lain selesai makan. Sementara itu, Sarjan Din memberi sedikit takirah mengenai menghormati ibu bapa. Walaupun sekejap tetapi memang berguna. 

Majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu negaraku dan pengakap Malaysia. Selepas hampir sejam berucap, majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah Kem Pengakap Terengganu, Tuan Othman Ismail. Kemudian sesi penyampaian hadiah untuk 3 acara yang dipertandingkan iaitu, peserta pengakap terbaik, kumpulan terbaik dan persembahan malam kebudayaan terbaik (kalau tak silap,aku dah lupe satu lagi pertandingan tu).

Sebelum berpisah, semua peserta dijemput untuk bergambar bersama2 dengan pihak pengurusan kem mengikut daerah masing2. Sebelum itu, aku telah diminta oleh Encik Mohd. Rosdi yang juga merangkap Penolong Pesuruhjaya Negeri dari unit pengakap laut untuk mengambil gambar bagi pihak beliau. Sebelum berpisah, aku telah mengingatkan kepada semua ahli kumpulan aku untuk bergambar bersama tetapi tidak kesampaian apabila selesai sahaja program itu mereka semua dah bergerak keluar dewan. Rupa2nya masing2 ingat rumah, hanya beberapa orang sahaja yang setia menunggu. 

Selesai bergambar, aku terus menuju ke tempat aku meninggalkan beg. Aku melihat beg kawan aku sudah tiada menandakan dia sudah bergerak dahulu meninggalkan aku. Kemudian aku melihat rakanku mencari aku, apabila dia ternampak aku, dia terus menunjuk kearah tapak perkhemahan perempuan. Aku terus mencapai beg dan kesana. Rupa2nya semua rakanku hanya menunggu kedatanganku sahaja. Kami semua bergerak pulang tepat pukul 2.30 petang dengan menggunakan sebuah kereta guru dan van sekolah.

Bagi aku, pergerakan pengakap ini memang menyeronokkan. Pendek kata, aku memang tidak menyesal dengan  unit yang aku sertai ini sejak dari sekolah rendah sahaja lagi. Sampai disini sahaja catatan aku untuk kali ini.
THE END!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan