Halaman

Khamis, 5 September 2013

Sesuatu yang berkurangan...Sir Henry Gurney



Sir Henry Gurney.
Namanya terpampang dalm buku teks sejarah tingkatan 3. Di ceritakan dalam buku itu beliau seorang yang berjaya menyekat pengaruh komunis di Tanah Melayu ketika itu melalui Rancangan Briggs pada pertengahan tahun 1950. Hanya dengan rancangan itu, beliau telah dianggap seorang yang berjasa besar di Tanah Melayu.
Sir Henry Gurney

Latar Belakang.
Dilahirkan pada 17 Jun 1898 di Cornwall, United Kingdom. Beliau pernah menuntut di Kolej Winchester Universiti College, Oxford. Kerjayanya bermula dengan berkhidmat dengan King Royal Rifle (1917-1921), kemudian berkhidmat dengan Tanah Jajahan British di Kenya (1921), Pembantu Setiausaha Tanah Jajahan di Jamaica (1935), Ketua Setiausaha ke Persidangan Gabenor-Gabenor Afrika Timur (1938-1944), Setiausaha Tanah Jajahan Gold Coast Australia (1944-1946), Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946-1948) dan akhirnya ke Tanah Melayu   sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Ketika di Tanah Melayu, beliau melancarkan Rancangan Briggs dan melancarkan kempen ‘Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’ untuk menentang komunis. Beliau juga menubuhkan ‘Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum’ sebagai cara untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu menentang komunis.

Tetapi pada 6 oktober 1951, beliau dan konvoinya telah diserang di Bukit Fraser ketika dalam perjalanan menghadiri mesyuarat rasmi di sana. Konvoi ini telah diserang oleh pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya.
Siu Mah  Sumber The Straits Times, 10 Mac 1959

Walaupun begitu, serangan keatas konvoi itu berlaku secara tidak sengaja kerana pihak polis mengesahkan tidak berlakunya kebocoran maklumat tentang jadual perjalanan Sir Henry Gurney. Sebaliknya ia berlaku secara kebetulan kerana pasukan komunis itu melihat kerenderaan mewah kerana sudah pastinya ia membawa orang kenamaan. (Roll Royce merupakan kerenderaan rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu).

Selepas 8 tahun  pihak Inggeris membuat risikan,  mereka akhirnya dapat mengenalpasti individu yang bertanggungjawab keatas serangan itu iaitu Sui Mah, seorang komander PKM. Mulai 19 Februari 1959, satu operasi besar-besaran dilancarkan bagi memburu Sui Mah dan pasukannya. Seramai 4000 anggota polis, Home Guard, dan unit bersenjata yang lain digerakkan dibawah arahan Brigider H.G. Mogg. Selepas beberapa lama diburu, akhirnya Sui Mah mati ditembak oleh pihak keselamatan.
Fail tentang pembunuhan Sir Henry Gurney yang disimpan di The National Archive, London.

Tragedi Hitam Dier Yassin.
Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis. Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.

Apakah latar belakang tragedi Deir Yassin ?
Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabilasecara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin terus berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.
Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan negara haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.

Tragedi Deir Yassin
Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampong mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.
Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau  hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.
Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.
Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,
Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Angka korban yang besar
Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.
Ramai yang tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.


 Tololkah kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan